Apa itu silhouette? Kadang-kadang tak semua orang tau apa makna nye perkataan siluwet tuh..haha! Baeklah, silhouette itu makna nya ialah bayangan hitam. Pernah nampak tak gambar-gambar yang warna hitam tapi latar belakang gambar tersebut cerah..So! itu lah die silhouette.. Yah. Akhirnya terungkai juga… 😉 Foto-foto bayangan hitam ni agak menarik taw. Sometimes, it will tell us a story. Tapi, bukan lah susah nak memiliki foto sebegitu.

Cara-caranya adalah:

Untuk rakam gambar silhouette, kecerahan subjek dan latarbelakang mestilah mempunyai perbezaan kecerahan sekitar 4 stop atau lebih. Ini bermaksud, subjek dan latarbelakang mesti mempunyai perbezaan kecerahan yang ketara. Kalau subjek dan background berada dalam kecerahan cahaya yang hampir sama, gambar silhouette tak akan dapat dihasilkan.

Expose gambar anda supaya subjek menjadi under expose 4 stop atau lebih. Exposure untuk background boleh jadi normal atau over expose, bergantung kepada situasi.

Gambar silhouette boleh dirakam dalam keadaan dimana subjek berada dalam tempat gelap manakala latarbelakangnya terang. Untuk cuba teknik ini, anda boleh rakam satu subjek di dalam rumah (di tepi tingkap) dengan latarbelakangnya adalah pemandangan luar rumah diwaktu siang yang panas. Anda pasti akan dapat hasilkan silhouette.

Di bawah adalah foto teknik silhouette yang di rakam oleh saya. 🙂

Lets Do Photo!! XD

Advertisements